Qadhi Abu Ali At-
Tanukhi, dia
mengatakan:Dahulu
kala hiduplah
seorang
lelaki yang terkenal
zuhud dan kuat
ibadatnya, dialah
Labib Al-Abid. Dia
datang ke pintu
gerbang negeri
Syam dari arah
barat kota
Baghdad, sebuah
tempat yang
menjadi laluan
banyak orang.
Labib kemudian
berkata kepadaku:
Dahulu aku adalah
seorang hamba
Rom, milik salah
seorang tentara.
Dialah yang
merawat dan
mengajarku cara
bermain pedang
sehingga aku pun
mahir
memainkannya
sehingga merasa
benar-benar
perkasa. Demi
menjalin
persaudaraan dan
untuk mengawal
hartanya, walaupun
aku telah
dimerdekakan
sepeninggalnya,
aku kemudian
menikahi isterinya.
Aku yakin,
Allah SWT. telah
mengetahui
bahawa apa yang
kuperbuat itu tiada
lain sekadar untuk
menjaganya. Aku
tinggal bersamanya
beberapa
tahun.Selama hidup
berumah tangga
dengannya, suatu
hari kulihat seekor
ular menyelinap
dalam
bilik kami. Aku lalu
memegang ekornya
untuk kubunuh,
tetapi
ular itu justru
berbalik
menyerangku dan
berhasil menggigit
tanganku hingga
menjadi lumpuh.
Setelah tanganku
yang satu
mengalami
kelumpuhan, selang
beberapa waktu
kemudian tanganku
yang lain menyusul
lumpuh pula tanpa
sebab- sebab yang
jelas.Seterusnya
kedua kakiku juga
lumpuh, mataku
menjadi buta dan
terakhir aku
menjadi
bisu.Kemalangan ini
kualami selama satu
tahun.Demikianlah
keadaanku yang
sangat buruk,
kecuali hanya
telingaku yang
masih mampu
menangkap segala
pembicaraan. Aku
tergeletak tiada
berdaya: Aku selalu
diberi minum saat
aku merasa tidak
dahaga, sementara
itu dibiarkan
kehausan saat aku
kenyang, dan
dibiarkan ketika
aku merasa lapar.
Setelah berjalan
satu tahun,
datanglah seorang
wanita menjumpai
isteriku.Dia
bertanya kepada
isteriku,
Bagaimana keadaan
Abu Ali Labib? Dia
tidak hidup dan
tidak
juga mati, sehingga
hal ini membuatku
bimbang dan hatiku
menjadi sangat
sedih,
jawab
isteriku.Mendengar
hal itu, dalam hatiku
lalu mengadu
kepada Allah dan
berdoa. Dalam
keadaan
menderita sakit
yang seperti ini
sedikit pun dalam
jiwaku tidak
merasakan sesuatu.
Pada suatu hari, aku
merasa seakan-
akan menerima
pukulan
sangat keras yang
hampir membuatku
binasa. Hal itu terus
berlangsung hingga
tengah malam atau
mungkin sudah
lewat tengah
malam, kemudian
sedikit demi sedikit
rasa sakitku ini mula
hilang, akhirnya aku
dapat tidur.
Keesokan hari
ketika terjaga dari
tidur, kurasakan
tangan ini
telah berada di atas
dada,padahal
selama ini
tergeletak
tidak berdaya di
atas tempat tidur
kerana mengalami
kelumpuhan.
Kucuba untuk
bergerak dan
ternyata berjaya.
Melihat hal ini, aku
merasa gembira dan
yakin bahawa Allah
akan memberikan
kesembuhan.Kucuba
menggerakkan
tanganku yang lain
dan ternyata dapat
kugerakkan pula.
Aku
juga mencuba
memegang salah
satu kakiku dan
berhasil
memegangnya, dan
kukembalikan
tanganku pada
keadaan semula, hal
ini kulakukan pula
pada tanganku
yang lain. Selepas
itu aku ingin
mencuba
membalikkan
tubuhku
dan ternyata dapat
kubalikkan dan
bahkan aku mampu
duduk lagi.
Kemudian, aku
bermaksud untuk
berdiri dan ternyata
aku juga mampu
melakukannya, lalu
kucoba lagi turun
dari
pembaringan, yang
selama ini tubuhku
terbaring. Tempat
tidurku itu berada di
sebuah bilik yang
ada di rumahku.
Dalam kegelapan
aku mencoba untuk
mencari pintu bilik
dengan meraba-
raba dinding bilik,
sebab mataku
belum dapat
melihat dengan
terang. Akhirnya
aku berhasil
mencapai teras
rumah dan di sana
aku dapat
memandang langit
dan bintang-bintang
yang berkedip.
Kerana
luapan kegembiraan
yang tiada terkira
hampir
menghentikan
detak jantungku,
dan segera
terlontar dari
bibirku rasa syukur
kepada-Nya: Wahai
Zat Yang Maha Kaya
Kebaikan-Nya!
Hanya Milik-Mulah
segala puji.Setelah
itu aku pun
berteriak
memanggil isteriku
dan dia segera
datang menemuiku
seraya berkata, Abu
Ali?
Sekarang inilah aku
menjadi Abu Ali yang
sebenarnya. Dan
kini nyalakanlah
lampu, kataku
kepadanya.Isteriku
segera pula
menyalakan lampu,
dan kemudian
kuperintahkan
kepadanya untuk
mengambilkan
sebuah gunting.
Dia pun datang
dengan membawa
gunting yang
kumaksud, dengan
gunting itulah
kupotong kumisku.
Isteriku lalu berkata
kepadaku,Apa yang
hendak kamu
lakukan? Bukankah
teman-temanmu
telah mencelamu?
Selepas ini, aku
tidak akan
melayani seorang
pun kecuali hanya
Tuhanku semata-
mata,jawabku.
Seterusnya
kugunakan
seluruh waktuku
untuk menghadap
kepada Allah SWT.
dan tekun
beribadat. Al-Qadhi
Abu Ali meneruskan
ceritanya
kembali, bahawa
Abu Ali Labib.Al Abib
adalah seorang
yang
mustajab doanya.
0 Response to "Gara-gara seEkor ular"
Post a Comment